Monday, December 28, 2009

2







Aku dulu pun pernah jadi pelajar di sini. Tapi zaman aku, zaman pelajar bertungkus lumus menuntut ilmu. Bukan sambil lewa sampai tidur dalam kelas waktu sight reading lesson! Aku graduan Composition di sini, tak payah nak tunjuk lagak la dengan aku! Lalu tak bertegur sapa, senyum apatah lagi. Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ni? Aku dikira senpai korang tau tak?
“Mr. Hideaki, the Dean wants to see you in the office right away.”
Aku melihat jam di tangan. Masih ada 15 minit sebelum kelas Classical History bermula. Bergegas aku menuju pejabat dekan yang sangat jauh dengan tempat aku berdiri tadi.
“Yes sir? You want to see me?”
“Mr. Hideaki, please take a seat.”
Aku akur.
“How’s everything at home?”
“Err...They’re all fine, sir.”
“Good, good. Do you know a place called The Conservatoire in Paris”
The Conservatoire! Mestilah! Kolej muzik yang setanding dengan kolej ini. The Conservatoire, tempat aku pernah tanam satu cita-cita dulu. Tapi itu dulu.
“Mr. Hideaki?”
“Oh, yes of course, sir. What about it?”
“They need a new substitute there. So, I’d be hoping that you could go there.”
“A...substitute, sir?”
“Yeah.”
Aku merenung dalam-dalam ke mata dekan yang tua 15 tahun dari aku ini. Misai lebatnya tak menutup keramahan senyum yang dia berikan. Kenapa baru sekarang nak hantar aku ke sana? Tambah, sebagai guru ganti pulak tu! Aku senang di sini, setelah 2 tahun menjadi guru composition dan juga guru sejarah. Takkan aku nak ke sana semata-mata jadi guru ganti?
“I know what you’re thinking, Mr. Hideaki.”
“Excuse me, sir?”
“I know you longed to be a composer. But you made a choice. To come here instead, and chose the path that you don’t even familiar with.”
Aku tertunduk. Dekan Winsor tahu impian aku sejak kecil, untuk jadi komposer terkenal, seperti Chopin. Ya, aku dah buat pilihan, untuk jadi guru di sini. Sehingga aku tiada masa untuk compose lagu. Tiada inspirasi.
“Go there and experience as many things as you want.”
Aku mengangkat muka, merenung wajah tua dekan Winsor. Seketika kemudian, aku bangun dari kerusi, beri tunduk hormat dan beredar dari situ.


Hati aku berbelah bahagi. Conservatoire, atau ilmu di sini?


“Morning, guys. Please open your book and turn to page 16.”
Seperti biasa, kelas Classical History yang mulakan hari aku. Wajah-wajah bingung dan bosan anak-anak orang kulit putih dah mula membuat aku bengang. Tak seorang pun, jujur aku cakap, tak seorang pun antara budak-budak ni yang faham erti kesusahan dan kepayahan komposer zaman Classical, Romanticism, even di zaman Medieval. Yang mereka tahu, Pop culture. Duit habis beratus ribu untuk ke sini, tapi sekelumit Chopin pun mereka tak ambil peduli. Tak tahu ke mereka Chopin menulis karya-karya bagusnya ketika dia hampir nazak?


“Right, today I want you guys to participate in the class. Please.”
Mereka diam. Ada yang menguap pun.
“I want you to give me your own opinion.”
“About what..?” dengan malas, seorang pelajar di depan aku bertanya.
“About this guy. He’s in Romanticism Era, he’s a great composer.”
Senyap.
“He also known as the poet.”
“I know! Shakespeare!” sahut seorang lagu pelajar di belakang diikuti dengan gelak tawa yang lain.
“Close enough. But not him. His music is more like love songs to most people.”
“I know, I know! Britney Spears!”
“Britney Speare, more like!”
Ketawa lagi mereka. Aku memejam mata dengan keangkuhan mereka terhadap subjek ini. Tapi nak buat macam mana, guru kena bersabar.
“Now, why should he be called as a poet?” suara aku meninggi. Mematikan tawa mereka.
“He’s a marvelous composer, whenever he wrote; he was like composing a poem.”
Seluruh kelas terdiam. Soalan aku sangat senang, malah aku dah bagi hint. Still, they don’t have a clue.
“Does anyone know who he is?”
Masih diam. Barangkali takut aku tinggikan suara. Barangkali menyumpah aku dalam hati.
“No one??”
Aku mengeluh berat. Dah tiga minggu sesi pembelajaran mula. Takkan satu tokoh pun mereka tak kenal? TIba-tiba aku mata aku tertancap pada kelibat di balik cermin pintu. Dia tak menjenguk ke dalam kelas, tapi menunduk. Aku turun dari pentas pengajar dan menuju ke pintu. Sebaik daun pintu aku buka, aku lihat seorang gadis di situ, dengan mata terpejam.




“Yes, girl? Can I help you with something?”
Gadis itu membuka mata. Aneh, kerana anak matanya yang tepat memandang anak mata aku buat aku, berdebar.
“Er...no, sorry.” Jawabnya. 
Kemudian kakinya berjalan pantas meninggalkan aku. Tapi hanya dua tiga langkah. Tatkala aku menoleh semula memandang dia, dia berpaling dan berkata-kata;
“Frederic Chopin. He’d be called as a poet because his music is like Shakespeare, makes you fall in love every time you hear it.”


Selepas itu dia berlari pergi. Buat aku tertangkap sebentar dengan kata-kata itu. Pandangan yang menarik. Aku juga pernah anggapkan Chopin begitu, pernah jatuh cinta dengarkan muziknya. Siapa gadis itu sebenarnya?


“Class dismissed. Don’t forget to turn in your reports on Chopin next week.”
Aku bercakap bagai angin lalu. Budak-budak tu lebih berminat pada pintu keluar dari pesanan aku.
“Excuse me, sir.”
Aku mendongak. Dua orang pelajar perempuan dari kelas aku tadi sedang berdiri di hadapan meja aku. Di belakang, ada lagi tiga pelajar perempuan, seolah menunggu giliran untuk bercakap dengan aku.
“Yes?”
“Do you remember my name, sir?”
Terkerut sebentar dahi aku.
“Yes, Molly. What is it?”
“You remember! We just want to give you this.”
Molly, pelajar aku menghulur sebuah kotak yang cantik berbalut.
“What’s this?”
“Chocolate. For you.”
Aku mengangkat kening. Budak-budak ni. Belajar tak nak. Kalau bab bercinta, nombor satu!
“Eh, I don’t eat chocolate. Sorry.”
“Aw, but I made this myself. Please take it,”
Aku jadi serba salah. Apa lah yang diorang nampak pada aku? Aku dah 30 tahun ni, diorang masih muda lagi. Bukan tak ada pelajar lelaki yang lagi bagus dari aku.
“Thanks, Molly. But please, don’t do this again.”
“Okay. Anyway sir, you’re hot!”
Ketawa kecil mereka sehingga ke pintu keluar, membuatkan aku ternganga dan hanya mampu menggeleng.
“Sir,”
Ada lagi 3 orang pelajar perempuan datang jumpa aku kemudiannya.
“Yes?”
“Er..I was wondering if...”
“Yes, Jane?”
“If..err...you could go to the movie with me...?”
Aku ternganga lagi. Kan bagus kalau budak-budak ni jumpa aku untuk tanya pasal pelajaran?
“No, I can’t. Sorry.” Aku jawab sedingin yang boleh. Mungkin terlalu dingin sehingga Jane menangis.
“Is it because I’m not beautiful? Is it because of that, sir?”
Aduh. Kusut kepala otak aku dapat student macam ni.
“No. It’s because you don’t pay attention in class!”
“But...I do pay attention to you! I noticed how you ran your fingers through your hair, then...you would cough a little when nobody answers your question....”
“Stop it, Jane.”
Jane terdiam.
“If you have the time to ask me out, I suggest you study instead.”



Jane teresak menangis dan berlalu keluar dari kelas, dengan dua lagi orang kawannya. Aku meregangkan bahu sebantar, penat dengan kerenah budak-budak zaman sekarang ni. Aku takut nak balik ke professorial staff room, takut ada surat-surat cinta lagi atas meja aku tu. Surat-surat ugutan pun banyak. Isk, mungkin aku patut potong rambut.
“Rough day, huh?”
Aku menoleh ke pintu. Seorang wanita, yang juga pengajar di kolej itu berdiri di situ.
“Ugh, you know these kids.”
Wanita itu, Marion namanya, berdarah Irish, datang mendekati aku.
“Well, it can’t be helped. Who told you to be so hot?”
Aku tersengih dengarkan pujian Marion. Sudah 2 tahun aku mengajar disini dan tak sekali pun aku pernah nampak dia berpakaian sopan. Hampir tiap hari dia pakai mini skirt.
“Well I might undergo plastic surgery just so they can listen to my words.”
“Aw, don’t do that.” Marion duduk di atas meja, menunjukkan pahanya yang putih tak tercela pada aku. Aku terpaksa melarikan anak mata ke lain, takut nafsu lelaki aku terbangun pulak.
“So, what brings you here, Marion?”
Marion tak menjawab. Bila aku pandang dia semula, dia sedang merenung aku. All over my face.
“Marion?”
“Eh? Oh, sorry, I wasn’t listening. I was enjoying this work of art.”
Work of art? Muka aku, work of art?
“I have to go. Enjoy yourself.”
Cepat-cepat aku beredar dari kelas tu sebelum apa-apa terjadi. Dah 2 tahun, masih macam ni. Rambut aku yang memanjang baru-baru ni bertambah buatkan mereka tak nak dengar kata-kata aku. Tolonglah. Aku serius dalam bidang ni, why can’t they too?!

1

Elia mendongak lagi. Langkahnya betul kali ini, tak sesat.
“Yosh..aa..”
Keluhan lega dilepaskan, sementara tangan kanan mengeratkan beg sandang di bahu. Tak begitu ramai manusia di ruang legar, mungkin ini bukan masa rehat. Elia teragak menuju ke kaunter pertanyaan di tengah-tengah lantai marmar, di bahunya masih tersandang beg.
“Excuse me,”
“Yes, how we may help you?”
“Err...I got this letter, last week. And I was kind of heading this way but I’m lost. So can I still register?”
Elia menghulur sekeping surat kepada receptionist di situ. Wanita itu meneliti isi kandungan surat tersebut.
“I’m sorry, you’re pretty late. The registration is closed by now. Sorry.”
Elia mencapai perlahan-lahan surat biasiswa itu. Betul dia dah mencari seluruh pelusuk London untuk sekolah ini, tapi dia sesat. Dia bukannya rakyat tetap London pun. Dia datang dari Malaysia! Negara kecil yang dulunya pernah dipijak oleh orang-orang di sini. Dia seorangan di negara asing ini, memikul beg galas yang cuma tinggal tiga hari persalinan saja, dan berbekalkan surat biasiswa dari London Trinity College of Music.


Beribu pengalaman sudah Elia kutip sepanjang perjalanannya ke sini. Dari Lapangan Terbang Manchester, menaiki teksi yang salah, tiba di perkampungan Yorkshire, menumpang lori ternakan ke London, dan akhirnya ke sini, Greenwich.


Ini kesudahan dia. Tak sempat menulis nama pun di ruang pendaftaran.


Tenang Elia menyusuri koridor antara kelas-kelas di tingkat bawah. Dapat jejak kaki ke sini pun sudah memadai bagi Elia. Betul ke?


“Why should he be called as a poet?”


Kuat terdengar suara seorang pengajar di situ, membuatkan kaki Elia terhenti. Dia mendengar, walaupun cuma mampu berdiri di luar pintu kelas.


“He’s a marvelous composer, whenever he wrote; he was like composing a poem.”


Elia memejam mata. Ya, cintanya pada komposer pemuisi itulah yang bawa Elia ke sini.


“Does anyone know who he is?”


Pengajar bertanya pada kelas yang diam. Pasif sekali bagi penuntut di kolej muzik terkemuka dunia ini.


“No one??”
“Chopin.” Jawab Elia, perlahan. “Aku cinta Chopin.”
“Yes, girl? Can I help you with something?”
Elia membuka mata. Muka pengajar tadi tiba-tiba berada di depannya.
“Er...no, sorry.”
Elia bergegas pergi dari situ. Tapi langkahnya terhenti seketika kemudian. Menoleh kembali pada pengajar tadi, dia menjawab;
“Frederic Chopin. He’d be called as a poet because his music is like Shakespeare, makes you fall in love every time you hear it.”
Kakinya berlari anak pergi dari situ kemudiannya, dan air mata mengalir tiba-tiba.
“Chopin, mungkin sampai sini saja aku dapat kejar kau. But your music will always live in me.”


Kecewa mencucuh dirinya kerana tak dapat sambung belajar di situ. Dia tak mungkin dapat peluang ini lagi. Kalau di Malaysia, asalkan Elia stres, dia akan lepaskan pada piano kesayangannya. Piano Steinway yang ibunya beli dengan memajak cincin kahwin, bekerja siang malam sehingga sakit-sakit badan, piano itulah yang membawa Elia ke pertandingan piano peringkat remaja bawah 20 tahun, bulan lepas.


Biarpun Elia cuma dapat tempat ketiga, tapi dia satu-satunya anak Melayu yang mendapat biasiswa menyambung pelajaran ke London. Dan sekarang, dia terlambat. Terlalu-lalu lambat.
“Hello, mak.”
Elia tahankan airmata tika berbual dengan ibu di pondok telefon.
“Em, Lia okey je. Dah dapat kawan dah.”
Elia tak biasa menipu, tapi kali ni dia terpaksa.
“Esok Lia mula belajar. Mak jaga kesihatan tau. Lia tak boleh lama ni. Lia pergi dulu. Assalammualaikum.”
Sebaik gagang diletak, Elia menangis juga akhirnya. Teresak hingga jatuh duduk di atas tanah. Di mana lagi Elia nak cari peluang biasiswa begini? Surat di tangan di baca lagi.


We are proud to inform you that you have been accepted to receive our scholarship fund to further your studies in London Trinity College of Music. You must be at the venue by 12th March 2009, 9.00 am for registration. If you fail to abide, the scholarship will be annulled.


Hari ini sudah 20 Mac.