“Yosh..aa..”
Keluhan lega dilepaskan, sementara tangan kanan mengeratkan beg sandang di bahu. Tak begitu ramai manusia di ruang legar, mungkin ini bukan masa rehat. Elia teragak menuju ke kaunter pertanyaan di tengah-tengah lantai marmar, di bahunya masih tersandang beg.
“Excuse me,”
“Yes, how we may help you?”
“Err...I got this letter, last week. And I was kind of heading this way but I’m lost. So can I still register?”
Elia menghulur sekeping surat kepada receptionist di situ. Wanita itu meneliti isi kandungan surat tersebut.
“I’m sorry, you’re pretty late. The registration is closed by now. Sorry.”
Elia mencapai perlahan-lahan surat biasiswa itu. Betul dia dah mencari seluruh pelusuk London untuk sekolah ini, tapi dia sesat. Dia bukannya rakyat tetap London pun. Dia datang dari Malaysia! Negara kecil yang dulunya pernah dipijak oleh orang-orang di sini. Dia seorangan di negara asing ini, memikul beg galas yang cuma tinggal tiga hari persalinan saja, dan berbekalkan surat biasiswa dari London Trinity College of Music.
Beribu pengalaman sudah Elia kutip sepanjang perjalanannya ke sini. Dari Lapangan Terbang Manchester, menaiki teksi yang salah, tiba di perkampungan Yorkshire, menumpang lori ternakan ke London, dan akhirnya ke sini, Greenwich.
Ini kesudahan dia. Tak sempat menulis nama pun di ruang pendaftaran.
Tenang Elia menyusuri koridor antara kelas-kelas di tingkat bawah. Dapat jejak kaki ke sini pun sudah memadai bagi Elia. Betul ke?
“Why should he be called as a poet?”
Kuat terdengar suara seorang pengajar di situ, membuatkan kaki Elia terhenti. Dia mendengar, walaupun cuma mampu berdiri di luar pintu kelas.
“He’s a marvelous composer, whenever he wrote; he was like composing a poem.”
Elia memejam mata. Ya, cintanya pada komposer pemuisi itulah yang bawa Elia ke sini.
“Does anyone know who he is?”
Pengajar bertanya pada kelas yang diam. Pasif sekali bagi penuntut di kolej muzik terkemuka dunia ini.
“No one??”
“Chopin.” Jawab Elia, perlahan. “Aku cinta Chopin.”
“Yes, girl? Can I help you with something?”
Elia membuka mata. Muka pengajar tadi tiba-tiba berada di depannya.
“Er...no, sorry.”
Elia bergegas pergi dari situ. Tapi langkahnya terhenti seketika kemudian. Menoleh kembali pada pengajar tadi, dia menjawab;
“Frederic Chopin. He’d be called as a poet because his music is like Shakespeare, makes you fall in love every time you hear it.”
Kakinya berlari anak pergi dari situ kemudiannya, dan air mata mengalir tiba-tiba.
“Chopin, mungkin sampai sini saja aku dapat kejar kau. But your music will always live in me.”
Kecewa mencucuh dirinya kerana tak dapat sambung belajar di situ. Dia tak mungkin dapat peluang ini lagi. Kalau di Malaysia, asalkan Elia stres, dia akan lepaskan pada piano kesayangannya. Piano Steinway yang ibunya beli dengan memajak cincin kahwin, bekerja siang malam sehingga sakit-sakit badan, piano itulah yang membawa Elia ke pertandingan piano peringkat remaja bawah 20 tahun, bulan lepas.
Biarpun Elia cuma dapat tempat ketiga, tapi dia satu-satunya anak Melayu yang mendapat biasiswa menyambung pelajaran ke London. Dan sekarang, dia terlambat. Terlalu-lalu lambat.
“Hello, mak.”
Elia tahankan airmata tika berbual dengan ibu di pondok telefon.
“Em, Lia okey je. Dah dapat kawan dah.”
Elia tak biasa menipu, tapi kali ni dia terpaksa.
“Esok Lia mula belajar. Mak jaga kesihatan tau. Lia tak boleh lama ni. Lia pergi dulu. Assalammualaikum.”
Sebaik gagang diletak, Elia menangis juga akhirnya. Teresak hingga jatuh duduk di atas tanah. Di mana lagi Elia nak cari peluang biasiswa begini? Surat di tangan di baca lagi.
We are proud to inform you that you have been accepted to receive our scholarship fund to further your studies in London Trinity College of Music. You must be at the venue by 12th March 2009, 9.00 am for registration. If you fail to abide, the scholarship will be annulled.
Hari ini sudah 20 Mac.
0 planets:
Post a Comment