Sunday, January 31, 2010

9

Kenapa akhirnya dia pilih Liszt? Akhirnya jemari dia memilih La Campanella, yang dia sendiri tak begitu mahir.  Di saat piano itu kosong, dan Lillian benarkan dia menyentuh sekali-sekala, dia pilih bukan Chopin. Hati Elia betul berkecamuk, teringat kembali pak cik Kamil, piano tua yang setia disentuh dia sepanjang melalui zaman remajanya, dan ibu di rumah.
“Until you found music, you will find me.”
Terngiang-ngiang kata-kata itu di telinga Elia. Kata-kata yang bukan lahir dari mulut, mungkin hanya beberapa perkataan yang tertulis kecil di sudut skor pak cik Kamil yang sudah kuning dimakan umur. Tapi begitu besar pengaruhnya pada diri Elia yang gersang muzik. Kata-kata bahasa Inggeris itu mungkin bukan ditujukan untuknya pun, tapi buat Elia menanam satu tekad. Dia ingin cari Chopin. Biarpun dah mati, dia ingin bertemu lelaki pianist itu.
Tapi perbualan semalam, di phone booth asing membuat dia menukar tekad secepat kilat. Dia ingin cari gurunya dan Chopin. DIA INGIN CARI MUZIK. Mungkin sebab itulah La Campanella terhenti di seventeenth note, dan jarinya kaku tergantung di udara.
“Hey,”
Seseorang memanggilnya dari belakang. Saat Elia menoleh, entah, jantung dia berdebar tiba-tiba.
“You left this.” Lelaki itu menghulur skaf biru Elia yang tertinggal di atas piano. Elia menyambut.
“I’m Rei.”
Elia terpana sekejap. Setelah tahu di mana dia pernah mendengar nama itu, dia membalas;
“I know.”
Elia cuma mampu balas itu, janganlah Rei tahu namanya. Kerana dia tak mampu mainkan La Campanella yang semudah itu, dan sedang Rei milik Lillian;

“Elia, Ms Lillian wants to see you.”
Leka dari membasuh pinggan, Elia menoleh ke arah datangnya suara tadi. Vivian menggamit.
“What’s up?”
“She looks mad.”
Elia mengangkat kening. Perlahan dia menolak daun pintu pejabat Lillian, dan wanita itu sedang duduk di atas meja.
“Yes, Miss? You want to see me?”
Lillian menghulur sekeping kertas pada Elia. Dia mencapainya.
“You’re not a citizen here. Why didn’t you tell me?”
Elia tergamam.
“Err...I thought you noticed,”
“Yea I know you’re Asian and all, but that doesn’t mean you can work here witout a visa!” suara Lillian meninggi. Elia menelan liur. Wajahnya yang mirip benar dengan ke-Jepunan ayahnya sekarang bawa masalah.
“And don’t think I don’t know what you’re doing to Rei.”
Dahi Elia mula berkerut.
“Excuse me?”
“Just because you’re Asian like him, he is going to like you!”
Terkaku sebentar Elia dengan mata yang terbeliak dan mulut ternganga. Begitu peribadinya Miss Lillian sehingga sanggup memarahi pekerja hanya kerana seorang lelaki?
“I’m sorry Miss. But I don’t understand.”
Lillian diam sebentar. Imej-imej Rei berduaan dengan Elia di pondok telefon melepasi mindanya satu persatu. Dengan mata terpejam, Lillian pecat Elia yang ternganga.

Saturday, January 16, 2010

8


“Rei, what are you doing here..?”
Aku menjengah-jengah ke belakang restoran. Tak pedulikan Lillian yang memeluk tubuh di hadapan aku.
“What, I can’t be here?”
“But now is still working hours.”
Aku mengerling Lillian.
“I don’t have class today.” Lillian mencebik.
“Where’s everybody else?”
“Vivian took a day off, Audrey’s going to the market.”
Ah, bukan diorang yang aku nak tanya!
“I don’t know what to say, seeing her so wanting to play that Steinway.” Lillian bercakap tiba-tiba, sambil memuncung ke arah penjuru restoran bila aku baru mula menyalakan api ke rokok.
Aku memandang ikut telunjuk Lillian. Gadis misteri! Dia sedang duduk di atas kerusi piano, tubuhnya masih terbalut baju hujan kerana pagi ini hujan turun lebat macam malam tadi. Seperti dia baru tiba.
“Is she any good?”
“Dunno, never heard her play before.”
Gadis itu menanggalkan scarf di lehernya, tangan kecilnya pula mencari-cari gigi piano. Lembut dia menyapa piano itu. Mesti Chopin!
La Campanella – Liszt
Ternganga sekejap aku, sangkaan aku salah. Dia mainkan La Campanella dari Liszt! Katanya semalam, dia tak pandai main piece selain Chopin? Adakah dia dah tipu aku..?
Pada awal tempo allegrettonya kedengaran perfect, tapi di tengah-tengah interval antara fifteenth note dia terhenti. Teragak-agak jarinya menari dia atas piano itu. Dia bermula lagi, tapi masih gagal di takuk yang sama. Gerakan jarinya salah, aku dapat kesan. Tapi di saat aku mau bangun menuju ke arah dia, dia pula beredar dari kerusi piano. Tinggalkan scarf birunya di atas penutup piano itu.
“Hey,”
Dia menoleh.
“You left this,” aku hulur scarf biru padanya. Dia sambut dan tersenyum.
“I’m Rei.” Akhirnya aku kenalkan diri, berharap dia juga akan buat begitu.
“I know.”
Bila dia cuma balas itu dan berlalu pergi, aku perasan yang ruyung misterinya masih belum retak nampaknya. Entah kenapa rasa ingin tahu aku pada gadis ini menggunung. Seakan aku baru jumpa spesis terancam, rasa ingin lindungi dia...
TRIT TRIT! TRIT TRIT!
Pager aku berbunyi, seolah doktor di ER. Cepat-cepat aku menuju ke kolej semula, dan biarpun hampa aku tak dapat tahu namanya, akhirnya aku pernah dengar dia main piano. Bagi aku, dia bagus, cuma mungkin terlalu tumpukan Chopin sampaikan yang lain dia tak dapat main dengan betul.

“You page me?” aku tegur Marion sebaik sampai di professorial staff room.
“Rei! Come and help me..
Aku berjalan mendekati Marion yang cuma selang semeja dari pintu masuk.
“I’ve to sort these names...it’s for the piano competition next month.”
Aku melihat senarai yang diberi Marion. Semuanya peserta dari Piano Department. Adatlah, kan. Tiba-tiba, mata aku tertangkap sekeping gambar dalam fail di atas meja Marion.
“This...”
“Oh, that? It’s nothing. I was about to throw that away..”
“Who is she..?”
“Well, she’s one of the International Scholarship receivers. But looks like she never made it to here..”
“What do you mean?”
“Don’t mind her; she’s only a second runner-up...in her country.”
“A second runner up?”
“Well I was one of the judges there, in Malaysia. So she won third place and the prize was a scholarship to study here. But the scholarship was annulled because she didn’t make it to registration.”
Aku merenung gambar ini dalam-dalam. Dia...dari Malaysia? Elia Abdullah, namanya. Melayu. Sebangsa dengan ayah aku?
Dia tak sempat daftar di sini? Tapi aku jumpa dia, kan? What the heck?

Thursday, January 14, 2010

7

Elia basah kuyup, menyesal pulak dia keluar terlalu awal dari pondok telefon tadi. Lari dari soalan, lari dari kenyataan.  Hujan sebenarnya masih belum mahu berhenti turun, tapi Elia jadikan alasan renyainya untuk lari dari lelaki yang banyak bertanya. Terutama bila babitkan kisah hidupnya.


Bukan Elia tak sedih kerana tak dapat kenal komposer-komposer lain, dia pernah menangis bila ujian kelayakan ke peringkat separuh akhir pertandingan piano dulu mensyaratkan dia bermain piece dari Schubert. Siapa pula Schubert tu? Seminggu, cuma seminggu yang ada, Elia kelam kelibut mencari skor Schubert, berbantukan skor-skor lama milik pak cik Kamil yang tertinggal di meja piano buruk yang berhabuk.


Tika itulah pak cik Kamil, guru pertamanya hilang tanpa berita. Rumahnya yang selalu Elia kunjungi untuk belajar piece-piece Chopin, kosong tiba-tiba. Bila Elia perlukan orang selain Chopin, waktu itulah gurunya hilang. Setengah jam jugalah Elia memeluk lutut, menangis sementelah hatinya tertanya ke mana perginya pak cik. Tidak ada nota, surat, kata-kata akhir, apa saja. Lepas Elia sudah kumpulkan beraninya di apartment kosong yang hanya berisi piano dan skor-skor bertaburan itu, Elia mengutip semua skor milik gurunya. Semuanya ada termasuk Schubert.


Di situ Elia mula kenal komposer lain, tapi dia masih mentah dalam bidang mengenali. Cintanya tetap pada Chopin. Hantinya tidak kosong bila mainkan piece dari Chopin. Berbeda dengan piece dari komposer lain. Nasib Elia pada ujian kelayakan sangat baik, kerana salah satu pesaingnya jatuh sakit. Jadi Elia menang tanpa bertanding.


Di Greenwich, lelaki pianist dan pengajar di Trinity tadi mengingatkan dia kembali pada kehilangan guru dan kehilangan diri di tengah-tengah peluang. Kunci bilik diputar keras pada tombol berkarat, dek kerana bilik usang saja yang mampu Elia duduki di bandar asing ini. Elia belum berjanji dengan dirinya untuk pulang bertemu ibu. Sebab dia pun tak tahu bila dia akan betul-betul berani melihat ibu mengayuh pedal mesin jahit dan tidur di atas meja hanya kerana dia mahu main piano.


Dulu;


“Kita ni bukannya mewah, Lia. Kenapa Lia nak belajar jugak main piano tu?”
“Ala, mak..bukan selalu Lia dapat peluang belajar ni mak. Lagipun pak cik Kamil kata pemain piano ni boleh buat duit tau..”
Ibu Elia mengeluh.
“Puan Azizah, anak puan ni saya tengok berbakat betul. Sekali dengar je dah boleh main. Kalau puan tak mampu nak hantar dia ke kelas muzik, saya boleh ajar dia. Saya takkan caj puan pun.”


Mungkin kerana pujuk pak cik Kamil itu yang membukakan hati tua puan Azizah. Setahun belajar Chopin, Elia sudah jatuh hati pada pemuzik itu. Pak cik Kamil pun tak pernah ajarkan dia piece dari komposer lain selain Chopin. Mungkin itu salah pak cik Kamil juga, ya, salah dia Elia tidak kenal Schubert di saat Elia memerlukan.


Di sini, tatkala kakinya jejak tanah Greenwich, London ini, Elia sudah kenal dengan Mozart, Beethoven, Schumann, Brahms, Vivaldi, Paganini, Liszt, Debussy, Haydn,dan lain-lain lagi. Malahan dia sudah dengarkan muzik dari pianist post-modernism, Maksim Mrvica. Cumanya, Elia ke sini niatnya satu. Kejarkan Chopin. Dan dari saat dia bertemu lelaki pianist dalam phone booth basah tadi, dia mula menyusun blok-blok kayu membina satu impian. 


Dia mahu persembahkan piano concerto dengan semua piece milik Chopin.

6

Hujan rintik-rintik di luar. Rintik, tapi lebat. Macam tak izinkan orang keluar dari pondok telefon yang sempit. Atau orang keluar dari restoran yang hampir malap.
Dia tertunduk, mungkin cuba mengingati siapa aku.
“You..” “I..”
Kedua-dua aku dan dia bercakap serentak. Tersenyum sekala, lepas mendengar suara masing-masing dalam reverb phone booth yang basah.
“Who..” “That day..”
Sekali lagi, ayat aku dan dia berlanggar, kemudian terbit pula tawa. Sebiji macam drama dalam TV.
“Hi.” Aku mulakan dulu, sementara dia masih lagi ketawa kecil.
“Hi.” Dia balas, rapi. Walau cuma dua huruf, matanya mengikat pandangan aku, dan senyumnya juga penuh, tanpa rasa ragu-ragu.
“You...work here?” Aku mula lagi. Dia mengangguk kecil.
“That Chopin...” dia bersuara. “How long have you been playing that piece?”
Aku mengangkat kening dengar soalannya. “Which Chopin?”
“Waltz, op 64.”
Aku senyum kecil dan menunduk sebentar. “My whole life.”
Dia mengangguk-angguk.  Bila aku mendongak pandang wajahnya, dia pula tertunduk.
“Do you not remember me?”
Matanya bertemu aku lagi. Kening dikerut sedikit, mungkin masih lagi cuba mengingat. Ajaibnya, aku yang selalu jumpa beratus pelajar, kadang sampai lupa nama pelajar aku sendiri pun boleh ingat dia. Yang cuma sekali bertemu. Aku pun kadang lupa pelajar mana yang bising dalam kelas, lupa yang mana diam membatu, lupa pengajar mana yang tegur aku awal pagi, lupa pengajar dan pelajar mana yang cuba goda aku –
“Oh!” suaranya terbit tiba-tiba. “You!”
Dia tersenyum lebar mulanya, kemudian senyumnya mati. Mati tiba-tiba. Aku tak mahu bertanya kenapa.
“That day, you told me Chopin was like Shakespeare.What made you said that?”
Dia tersenyum sikit demi sedikit.
“I used to read Shakespeare, and listened to his piece. It synched. I even replaced sheets with Shakespeare book when I play.”
“You play piano?”
Dia mengangguk.
“I never play anything other than Chopin.”
Wah! Takkan dia tak kenal Schubert, Mozart, Beethoven, Lizst?
“I play for Chopin.” Sambungnya lagi.
“What about...others?”
Keningnya berkerut. “Others?”
“Mozart, Beethoven, Tchaikovsky..?”
“No.” senang dia menjawab. Begitu angkuh. Aku belum pernah dengar seorang pemain piano hanya main piece dari seorang tokoh. Classical music is all about the past! Kalau tak ada Mozart, Beethoven, even Paganini, takkan ada Chopin! Kenapa gadis ni hanya pilih Chopin -?
“I don’t know how to play ‘the others’.” Suaranya bercampur baur sedih dan ketawa.
Aku ternganga sekejap. Oh, mungkin tadi aku salah nilai dia.
“Why not?”
Ah, aku ni macam FBI pulak. Selalunya banyak berlian dalam mulut aku kalau bercakap dengan perempuan! Dia ketawa kecil tapi ambil masa lama untuk jawab soalan aku tadi. Hingga leka aku perhatikan air menitik dari rambut ke bahunya.
“I’ve never been to music school. The first piece I learned was Chopin. I came here for Chopin. Hoping I could somehow....heh...why am I explaining this to a stranger..”
“You came here for Chopin? But Chopin was a Polish,”
“I know that. It’s just...I’m on my way there.”
Aku kerutkan kening, lama. Melihat seorang pemain piano seperti dia yang tak kenal dengan komposer selain Chopin, aku rasa aneh. Kesian pun ada. Bengang pun ada sikit. Takkan dia tak pernah reasearch langsung pasal komposer-komposer selain Chopin?
“Can I ask, how did you learn to play?”
Dia tersenyum memandang aku.  Anak matanya seperti mencari-cari memori di sebalik soalan aku tadi.
“My ‘father’ taught me.”
Aku mengangkat kening. Misteri demi misteri timbul pada gadis ini. Aku semakin tertanya, kalau ayahnya yang ajar dia main piano, mestilah ayahnya juga tahu tentang komposer lain kan?
Aku ingin bertanya lagi sebab berminat sungguh aku pada kemisteriusan gadis ini, tapi dia dah mula membuka pintu pondok telefon dan melangkah keluar.
“Wait,” aku panggil dia, sedang dia cuma berpaling dan tersenyum.
“The rain’s stopping. I’ve got to go. Goodbye.” Dan dia berlari meredah hujan yang masih renyai.
“Wait! Your name..?!”
Soalan terakhir aku tak bertemu jawapan, menambah lagi mata kredit misteri dia. Argh...

Monday, January 4, 2010

5

Elia ternganga. Ini hari pertamanya kerja di sini. Tapi sudah menimbun bak gunung pinggan-pinggan yang perlu dicuci. Kalau macam ni, habis syif pun dia takkan dapat sentuh piano tu!
“Hey newbie, chop, chop!”
Elia menoleh memandang tukang masak di situ, Audrey. Jawatan dijanjikan, waitress. Tugasan diberi, tukang cuci pinggan.
“What the hell are you waiting for?!”
Terperanjat dengan sergahan Audrey, Elia segera membuka pili dan mula menyabun pinggan-pinggan kotor. Biarpun buli, Elia rela. Dia pun tanam impian untuk main di piano Steinway grand itu satu hari nanti. Mungkin bermula dengan pinggan mangkuk bersusun tinggi ni.
Sudah satu jam berlalu, bebanan kerja Elia masih lagi tak kurang. Makin bertambah, ada. Tangan Elia sudah kecut-kecut dimakan air. Dia perlu berehat sebentar. Tapi mata tajam Audrey selalu perhatikan dia.
“Elia, help me clean at the front will you?”
Elia menoleh. Vivian, pelayan pertama yang Elia kenal sewaktu mula bekerja di sini, memanggil di muka pintu dapur. Dia mengerling Audrey sebentar. Wanita itu mendengus.
Elia menurut panggilan Vivian. Mungkin sudah berkurangan pelanggan restoran, agaknya.
Fantasi Impromptu – Frederic Chopin.
“Chopin!”
Tak sengaja Erika terpanggil nama itu. Agak kuat, sampai beberapa orang pelanggan terdekat memandangnya. Elia menoleh ke arah piano di penjuru restoran. Ada seorang lelaki sedang mainkan piece Chopin di situ. Tubuhnya yang tinggi lampai membelakangi orang, rambutnya panjang separas leher, tapi jemarinya halus menyapa piano sewaktu 2nd movement pada piece itu. Leka sekejap Elia menghayati persembahan lelaki misteri itu, sehingga Vivian menepuk bahunya pun dia tak tersedar.
“Aku pun nak main piece Chopin on that piano.”
“What?”
“Oh, nothing.”
Vivian mengangkat bahu. Selesai meja-meja dikemas, Elia sekali lagi memandang pianist tadi. Dia masih lagi duduk di situ, menyedut rokok dalam-dalam.
“Lillian Luke, this is for you.” Pianist itu berkata-kata.
“Dia tujukan lagu Waltz in C# minor untuk boss aku?” suara Elia separuh membisik. Waltz in C# minor adalah favorite piece Elia. Dia selalu mainkan lagu ini jika ibunya sedih. Jika ibunya hilang semangat untuk hidup. Lagu ini selalu buat Elia tenang, ibu Elia juga.
Lagu ini juga lagu pertama yang Elia belajar dari guru pianonya yang tak rasmi.
“Elia, our shift is done. Don’t you want to punch out?”
Elia menoleh. Vivian sudah menukar ke baju biasa.
“But, the plates..”
“Leave it. Morning shift will take care of it.”
Elia mengangguk-angguk. Dia menyalin baju uniform ke baju biasa. Baju yang sangat biasa. Tak bergaya pun seperti Vivian. Hanya jeans dan kemeja petak-petak.
“You’re going out?”
Vivian tersenyum dan mengangguk dengan soalan Elia. Yalah, baju Vivian seakan nak pergi nightclub.
“You want to come?”
“Eh, no. I’ll pass.”
“Oh, come on. It’ll be really fun!”
“No thanks. I’m tired, and it’s raining though.”
Vivian mengangkat bahu dan beredar lepas ucap goodbye pada Elia. Elia mendongak ke langit. Laju-laju air dari situ turun. Dia tak punya payung. Sebaik keluar dari pintu belakang restoran, rambut lurus Elia dimakan hujan. Dia teringatkan pondok telefon di situ, tempat yang dulu pernah dia menipu ibunya, gegas kakinya ke situ.
Bajunya habis basah. Rambutnya juga tak diberi markah kesian oleh hujan. Dalam pondok telefon merah ini, biarpun kering tapi sempit.
BAMM!
Pintu pondok telefon tiba-tiba dibuka. Elia mendongak. Mata bundarnya memanah tepat anak mata coklat manusia di hadapannya ini. Manusia lelaki tinggi lampai, berambut paras leher, tubuh agak kurus, tiba-tiba bersuara.
“Can I share this booth?”
Pianist tadi! Elia menelan liur dan mengangguk. Tapi dalam kepalanya dia cuba mengingat. Di mana dia pernah nampak lelaki ini.

4


Aku melihat kembali surat tawaran yang dekan Winsor bagi selepas waktu mengajar tadi. Mungkin aku patut terima tawaran bekerja ni, guru ganti kerjanya tak banyak. Mungkin aku akan ada lebih banyak masa untuk compose piece. Besides, budak-budak kat sini pun bukannya betul-betul nak belajar!
“Are you playing tonight?”
Aku mendongak. Best friend aku since high school, Lillian menegur. Aku melurutkan mata sebentar ke dadanya.
“Lillian, when exactly are you going to wear a smaller neckline?”
Lillian ketawa dan mengambil tempat duduk di depan aku.
“Relax, I’m seducing someone.”
Aku cuma mampu menggeleng. Sejak kenal dia, kolar bajunya tak pernah menutupi dada. Sentiasa terdedah dimakan angin. Bukan masalah besar pun bagi aku, tapi takkan satu pakaian sopan pun dia tak ada? Blame me, I’m half-Asian! So, aku masih punya sensitiviti itu.
“So, are you playing tonight?”
Lillian bertanya lagi, since aku tak jawab soalan itu kali pertama.
“Why do you ask?”
Aku melipat kembali surat tawaran dan simpan baik-baik dalam kocek overcoat yang tergantung di kerusi.
“Well, I haven’t heard you play since..last month.”
“I’m busy.” Aku meneguk air dalam gelas yang terhidang depan mata sejak tadi.
“That’s why, you’re going to play...tonight.”
Lillian bangun dan mengucup dahi aku tiba-tiba. Aku terpejam, kerana dadanya betul-betul di hadapan mata aku. Aku tak larang Lillian buat begitu, sebab dia best friend aku. Aku dah terbiasa pun dengan perangai dia tu. Sudah habis rokok di tangan, aku bangun menuju Steinway grand yang terpasak di penjuru dinding.
Fantasie Impromptu – Frederic Chopin.
Satu piece yang agak rumit, tika aku masih belajar dulu. Tapi sekarang aku boleh mainkan dengan rokok baru nyala di bibir. Aku ingat lagi, pertama kali aku main piano di sini, Lillian tika itu masih berambut pendek. Dia baru saja meletakkan sebuah Steinway di restoran milik keluarganya ini, dan aku perasminya. Aku rasmikan Steinway ini dengan piece milik Chopin. Polonaise, satu piece yang riang. Seakan kanak-kanak, kata Lillian. Tapi aku tika itu pun masih belum cecah umur 30. Piece-piece pilihan aku juga memang keanak-anakan.
“Lillian Luke, this is for you.”
Lillian tersenyum di meja bar memerhatikan aku yang baru selesai mainkan Fantasie Impromptu.
Waltz in C# minor Op.64 No 2 – Frederic Chopin.
Entah, malam ini aku tenang menguis-nguis piano dengan piece milik Chopin. Mungkin kerana siang kelmarin aku bengang dengan reaksi kelas tentang Chopin. Mungkin juga aku teringin nak bertemu dengan gadis itu semula.
“Frederic Chopin. He’d be called as a poet because his music is like Shakespeare, makes you fall in love every time you hear it.”
Atau mungkin aku tak pernah dedikasikan lagu ini untuk Lillian. Masih terngiang-ngiang kata-kata gadis itu di telinga aku. His music is like Shakespeare. Terlalu tinggi dan keterlaluan untuk dibandingkan antara dua tokoh itu. Perumpamaan gadis itu terlalu objektif, tidak ada kebebasan berfikir di situ tapi, menangkap hati aku.
“Bukan selalu kita jatuh cinta dengan karya Shakespeare, kan?”
Lillian berhenti menekan butang-butang kalkulator di tangan. Soalan aku berat sangat ke?
“Huh?” balasnya.
“Shakespeare. Dah berapa banyak karya dia kau baca?”
“Rei, I couldn’t understand you.”
Aku menepuk dahi. Lupa sebentar yang bahasa utama di sini adalah Inggeris. Ah, kadangkala terluncur jugak bahasa ketiga aku tu.
“I mean, not every time we read Shakespeare, we fall in love, right?”
Lillian memuncung.
“Probably.”
“Do you?”
“Well, depends. If it ends with a happy ending, then yes.”
Aku ketawa kecil dengar jawapan Lillian tu. Kalau perempuan tu memang perempuan. Semuanya nak happy ending. Rokok di jari aku sedut sebentar. Luke’s sudah malap. Hanya tinggal lampu di meja aku yang terbuka. Semua pekerja Lillian sudah pulang, mungkin. Aku pun patut pulang.
“Lillian, I should go.”
“Oh wait, wait till I finished. Walk me home, please?”
Aku sudah bangun, tapi Lillian buat muka kesian. Supaya aku temankan dia sehingga dia habis kira profit hari itu.
“I’ll wait for you outside.”
Aku capai overcoat di kerusi dan keluar dari situ. Rokok masih belum padam. Tapi hampir lencun dimakan hujan. Alamak, aku tak ada payung ni. Takkan aku nak tunggu Lillian dalam hujan ni?
“Phone booth?”
Kaki aku gegas menuju ke pondok telefon berdekatan. Ingin berteduh sebentar dalam pondok itu, biarpun sempit. Pandai-pandai lah Lillian cari aku nanti.
Sebaik aku buka pintu pondok itu, aku jumpa dia.