Tuesday, February 16, 2010

11

Elia buntu. Mundar mandir di hadapan pintu masuk Trinity College of Music. Dia menyumpah diri, sepatutnya tidak berputus asa 2 minggu yang lalu. Mengambil jalan mudah dengan hanya bekerja di restoran tak dikenali. Seolah muzik mati dalam dirinya. Tapi apa yang dia boleh buat hanya dengan mundar mandir di depan pintu masuk kolej berprestij ini?
“Yoshh!” bulat tekadnya, kaki Elia melangkah masuk.
“Excuse me!” oleh kerana adrenalinnya memuncak, suaranya tinggi sedikit pada receptionist di tengah-tengah ruang legar. Wanita di reception agak terkejut dengan teguran Elia.
“Yes, how may I help you?”
“I am a scholarship receiver. Where do I sign in?”
Wanita itu berkerut dahi. “Scholarship? Which scholarship that is, miss?”
“Er, it says here, Burdwin...Burdwin scholarship..”
“Oh yes, but it has been annulled, miss.”
Elia menunduk sebentar.
“How can it be annulled? I was promised a scholarship, and now when I came for it, you said it was....annulled?”
Wanita itu tersenyum simpul.
“It has been annulled because you were late.”
“How can it be annulled when I was just a week late?!” marah Elia memuncak. Geramnya pada janji manis yang bertaburan sewaktu dia masuk pertandingan dulu membuak-buak sekarang.  Tambahan receptionist itu seperti mentertawakan dia.
“What are you laughing at!” Elia menjerkah receptionist itu sehingga dia terlompat.
“Don’t you intimidate me - ”
“Elia?”
Elia terdiam. Ada suara memanggilnya dibelakang. Dia menoleh perlahan-lahan dan terkaku lagi.
“Elia, right?”
“Ho..how..how did you know my name?”
“Hey, what do you expect? I teach Chopin here!”
Elia terkebil-kebil melihat lelaki ini di depan matanya.
“Er...”
“Let’s go. Let me buy you a drink.”
Lelaki itu, yang selalu Elia ingat namanya, Rei, menarik tangan Elia dan biarkan receptionist ternganga.


Rei bawa Elia ke kafeteria outdoor di kolej itu. Memang ramai student di situ yang meandang Elia dua kali. Tak kurang student perempuan yang melambai-lambai pada Rei.
“So Elia...”
“Tell me the truth. How do you know my name?”
Elia memeluk tubuh dan merenung Rei tajam. Rei tidak melawan renungan itu, tapi dia cuba redupkannya dengan senyuman yang mula tergaris sedikit demi sedikit.
“You are not like the girl I met in the phone booth.”
“What do you mean?”
“The girl I met in the phone booth was mysterious. Almost no sign of emotions. But you...wow. You’re all fired up today, huh?”
Elia mula perasan, adrenalinnya belum surut dari meradang. Perlahan-lahan dia turunkan lengan dan sedut jus oren di depan mata.
“I need to know anyway,” matanya mula lari dari anak mata Rei. “..how do you know my - ”
“Dari borang biasiswa awak.”
Elia menyedut air lagi, dan menganguk-angguk. Seketika kemudian, matanya terbeliak.
“Aw..awak..boleh cakap Melayu?”
“Ya, saya boleh dan selalu amalkan.”
“Belajar kat mana?”
“Saya ambik kelas bahasa ketiga.”
“Kenapa belajar bahasa ni?”
Rei terdiam. Senyumnya mati seketika.
“Wah! Saya pun dah penat cakap English! Bolehlah kita cakap bahasa Melayu je lepas ni.”
Rei menopang dagu merenung wajah Elia.
“Awak harap nak jumpa saya lagi ke?”
Elia terkedu. Matanya dilarikan lagi dengan menundukkan kepala.
“Er..tak..takdelah...maksud saya..”
“Elia, will you come to Paris with me?”
Elia mengangkat muka. Matanya terbeliak, mulut ternganga.
“Eh?!”

10

Ada sebuah kotak hijau di sudut bilik. Aku tak berani nak buka. Dah dua tahun berhabuk aku biarkan ia disitu, terperuk tanpa teman. Aku duduk sebentar dan nyalakan rokok. Lama aku menghembus asap yang tak sampai ke kotak itu.
“Rei,honey. You dah siap packing ke?”
Aku yang terlepa merenung kotak di sudut, terlompat kecil dengan teguran Natsumi yang pelat berbahasa Melayu itu.
“Belum. I don’t fly until next Friday. Don’t worry.”
“I flew here for you, how could you make this decision now?”
“Natsumi, do we have to discuss it all over again?”
Natsumi mengangkat kedua tapak tangan. Rokok aku dia ambil sebatang dan nyalakan. Dulu, sumpah dia kelihatan seksi berbuat begitu. Sekarang, aku rasa menyampah.
“You kata dah quit smoking?”
“I tried. Honey, can we speak Japanese like normal Japanese people?”
Aku mengalih pandangan ke kotak itu semula. “You know I can’t speak Japanese well.”
Natsumi mengeluh. “What a Japanese man you are!”
“I speak better in Melayu.”
“But yo’re not Malay, for God’s sake!”
“Half of me is!”
Natsumi mencucuh rokok ke dalam ashtray.
“Not if your granny doesn’t approve it!”
Aku bingkas bangun. Natsumi terkedu dengan tindakan tiba-tiba aku tu.
“Natsumi, kalau you datang sini nak cari gaduh dengan I, baik you balik Jepun je!”
Natsumi terdiam. Lama kemudian dia perlahan-lahan bangun mendekati aku, mencium pipi aku dan beredar keluar.
Kepala aku kusut, berselirat macam wayar. Betul, Natsumi sudah 7 tahun bertunang dengan aku. Dalam 7 tahun itu juga, tak pernah aku bayangkan untuk sehidup semati dengan dia.  Ini semua bukan kehendak aku. Aku tak minta lahir tanpa ayah di sisi. Tak minta ibu aku tiba-tiba jadi seorang mata keranjang, hampir tiap malam bertukar lelaki. Tak minta juga untuk bertunang dengan Natsumi, sebab nenek yang rancang. Sebelum omiyai (pertemuan perkahwinan) aku dan Natsumi, aku hanya pelajar piano biasa yang terceruk di kota London untuk mencari ayah. Perkahwinan ibu dan ayah aku dilarang oleh nenek. Sempat berkahwin beberapa bulan di Malaysia, ibu disuruh balik ke Jepun. Ugut nenek, kalau ibu melawan, nenek akan bunuh diri dan semua hartanya dibakar. Di situ, ibu terpaksa berpisah dengan ayah dan ayah tak tahu ibu sedang mengandungkan aku ketika itu.
Perlahan aku menyedut rokok, sementara memori pahit itu datang kembali;

30 tahun dulu, di Jepun, ibu aku – Hideaki Yuuko, pertama kali terdengar tentang persembahan orkestra ayah di Paris. Nenek aku, Hideaki Etou, langsung tak benarkan ibu ke sana. Apatah aku baru saja berusia beberapa bulan ketika itu. Ibu lari senyap-senyap, sambil aku dikendong di belakang, kami berdua berlepas ke France. Harapan ibu supaya dapat bertemu ayah.
Harapan ibu tak kesampaian. Sebaik kami sampai di Paris, konserto ayah sudahpun selesai. Ayah sudah pulang ke Malaysia, mungkin. Tapi ibu tak putus asa. Dia besarkan aku di Paris, temukan aku dengan muzik, menyuap makanan ke mulut aku sambil tanganku di piano. Aku mendaftar di Paris Conservatoire bila umur aku cecah 15. Di Conservatoire aku bertemu pelbagai ragam, pelbagai muzik, pelbagai pengalaman. Di situ aku tanam satu cita-cita. Aku ingin cari ayah. AKU INGIN CARI MUZIK DEMI AYAH.
Tak lama selepas aku tanam cita-cita itu, ibu berubah. Dia putus asa tiba-tiba. Matanya senang saja beralih pada lelaki. Pakaiannya tidak serupa seorang ibu, malah aku hampir sentiasa dibiar sendirian.
“Maman, pourquoi fais-tu tout cela?” (Mom, why are you doing all these?)
Pernah aku bertanya soalan itu sementelah muak dengan gantian lelaki setiap malamnya.
“Ah, mon fils. Vous regardez un peu comme votre père ...” (Ah, my son..you look a lot like your father..)
Penuh aroma alkohol, ibu menjawab soalan aku. Bukan hati aku tak sakit lihat perubahan mendadaknya, tapi apa yang mampu aku buat? Tiga tahun aku tahan perangainya, sehingga satu hari aku terbaca iklan tentang orkestra ayah yang akan buat persembahan di London.

Dan kerana itu, aku di sini. Sehingga sekarang, umur aku sudah 30 tahun. 12 tahun aku tidak bertemu ibu. Hanya selalu huluran wangnya saja yang aku terima setiap bulan. Sampai aku tamat belajar di Trinity College di bidang composition, dia masih hanya berkomunikasi dengan aku melalui wang.
Aku tak salahkan ibu sekarang. Mungkin juga bukan salah ayah. Aku salahkan nenek. Mungkin kerana itu juga aku terima lamaran keluarga Natsumi dulu. Natsumi dulu dan sekarang tak banyak bezanya. Aku pernah bantah sekeras-kerasnya omiyai yang nenek rancangkan. Tapi setelah bertemu Natsumi, aku jatuh cinta. Mungkin juga bukan cinta. Mungkin kerana terpandangkan dia menyedut rokok di balik tabir tirai tatami, dengan memakai kimono merah, aku jadi satu. Aku dan dia sama-sama memberontak. Tapi telah tujuh tahun, pemberontakan itu dahpun reda, dan aku masih lagi tunangan Natsumi.


“Watashi tachi ga naze kekkon shite i nai yō na , ta no min'na?”
Aku faham soalan dari Natsumi itu, tapi aku pura-pura tak faham. Tambahan bahasa Jepun, aku tak beraa fasih.
“You want me to write you a piece?”
Natsumi mengeluh. “I said…, why aren’t we getting married, like everybody else?”
Aku terdiam, tapi tanganku laju menulis di kertas skor, terkadang bermain-main jari di atas piano.
“Forget I asked. What are you doing?”
“It’s a secret.”

Aku baru berani bangun mendekati kotak hijau di sudut bilik setelah memori tadi terimbas. Memori itu manis sebenarnya, kerana tika itu aku sedang dalam proses menulis piece untuk Natsumi. Cinta aku pada dia membuak-buak ketika itu, begitu terhasil lah piece ini. Révolté in D minor. Aku bawa keluar sheet muzik dari dalam kotak itu. Sudah kuning dimakan usia. Yelah, dah tujuh tahun. Aku bawa ke piano dan mainkannya sebentar.
Ketika ini baru aku sedar, piece ini satu piece yang agresif. Allegro pada movement pertama. Temponya sentiasa menaik, selepas presto temu pula prestissimo. Kenapa? Kenapa aku menciptanya begitu?

*allegro – fast tempo
*presto – very fast tempo
*prestissimo – extremely fast

Friday, February 12, 2010

gomen!

maaf, saya teramat busy mencuba untuk jadi orang. Chopin dipausekan sekejap ya ;)