Sunday, March 14, 2010

12

Aku mengemas semula isi kotak hijau yang bertaburan atas piano. Semuanya skor-skor original, piece-piece aku. Salah satunya Révolté in D minor, piece buat Natsumi. Satu piece agresif yang aku tulis, tujuh tahun dulu. Ketika itu cinta masih segar bugar. Aku sendiri tak faham apa perasaan aku tika menulis piece ini. Selain skor-skor yang separuh jalan, skor yang hanya ada tajuk tapi tidak tertulis notnya, tak ada yang lain mengisi kotak hijau ini. Aku patut buang kotak ni 2 tahun dulu.
TRIT TRIT! TRIT TRIT!
“Hello?”
“Moshi mosh!”
“Natsumi. What is it?”
“”Hey, honey. Relax. I’m sorry about yesterday okay?”
“Hm.”
“So...can I see you tonight?”
“I thought you’re going back to Japan.”
“Come on...how could I leave you now, in this state?”
“Hm.” Aku membetul-betulkan butang kemeja di hadapan cermin, malas hendak melayan Natsumi di awal pagi.
"Tonight I’ll cook...” sayup-sayup terdengar suara Natsumi di hujung corong telefon yang sudah aku biarkan di atas sofa. Mata aku lebih tertarik pada sekeping CD yang kemas terletak di atas TV. Kelmarin Marion beri pinjam CD ini, rakaman pertandingan piano di Malaysia. Aku segera pasang CD itu di player.
Peserta pertama, Bukan dia.

Aku fast forward. Masih bukan dia. Fast forward. Bukan dia juga. Fast forward. Dia yang terakhir.
Sebaik dia masuk, penonton menepuk tangan. Tapi longlai. Begitu sambutan untuk pianist yang anonymous. Gaun yang dia pakai juga tidak keterlaluan. Biru serba-serbi seolah lagu yang dimainkan nanti turut bertemakan biru. Emosinya longlai, seakan penat menanggung beban dunia, tapi dia tersenyum. Pertama kali aku lihat senyumnya penuh.
Untuk stage pertama, dia mainkan lagu pertama yang aku pelajari di Conservatoire, Fantasie Impromptu. Temponya tidak terlalu presto seperti Chopin, dia seakan menikmati pecah-pecah melodi dari piece ini. Pianissimo sekali caranya menekan gigi piano, tapi adakalanya dia menekan fortissimo seakan marah. Bunyi dari pianonya damai, buat aku lepa sebentar . Sebaik  dia selesai mainkan piece itu, segala penonton skeptikal yang hanya bertepuk longlai padanya di permulaan tadi kini bangun berdiri riuh meriah. Elia tunduk hormat, dan duduk semula di kerusi piano. Ya, dia masih ada piece kedua untuk stage pertama ini.
Ballade No 1 in G Minor op 23.
Chopin lagi? Aku faham piece pilihan pada stage pertama adalah bebas, tapi takkanlah kedua-dua piece pilihannya Chopin?
Biarpun kedengaran sedih dan menangkap hati aku bila dengarkan piece ini Elia mainkan, tapi aku lebih kesiankan dia yang tidak kenal komposer lain. Rugi! Kalau dari dulu dia belajar di Conservatoire, mesti dia dah jadi pianist unggul sekarang. Berbangsa Melayu, seperti ayah.
Entah, dalam jantung dan hati aku rasa ingin bimbing dia. Mungkin kerana dia Melayu? Mungkin. Aku nak jadikan dia pianist seperti ayah. Jangan dipandang rendah manusia yang janjikan bisiswa untuk dia. Jangan dipandang rendah manusia seperti nenek.
Di second stage, dia tak membuat persembahan pun. Sedangkan diumum dia harus mainkan piece dari Schubert. DIa menang tanpa bertanding. Alahai, nasib betul menyebelahi dia. Third stage, dia mendapat piece dari Chopin, lagi. Sehingga di skrin namanya bukan lagi tertulis Elia tapi “Chopin Girl”.
Nasib.
Itulah jugak yang membawa aku terserempak dengannya di kolej pagi ni.


 “Tell me the truth. How do you know my name?”
Aku tersenyum lihat dia yang mula marah-marah. Cute. Sebab selama ini aku berdepan dengan dia yang hampir kosong emosi. Sumpah dia tak sama dengan gadis yang aku tmui dalam pondok telefon tempoh hari.
“Dari borang biasiswa awak.”
I’ve always wanted to do that. To speak Malay freely, to someone who actually understand.
Elia nampak terkejut dengan kata-kata Melayu dari aku.
“Aw..awak..boleh cakap Melayu?” tanyanya dengan mata yang terbeliak.
“Ya, saya boleh dan selalu amalkan.”
“Belajar kat mana?”
“Saya ambik kelas bahasa ketiga.”
“Kenapa belajar bahasa ni?”
Aku terdiam. Aku belajar bahasa ini kerana ayah. Aku nak, bila aku jumpanya nanti kami boleh berbual panjang. Tanpa halangan bahasa. Sedangkan ibu sendiri sudah tak pandai berbahasa ini, jadi takkanlah aku nak matikannya macam tu saja?
“Wah! Saya pun dah penat cakap English! Bolehlah kita cakap bahasa Melayu je lepas ni.”
Aku mengangkat kening terdengar kata-katanya. Ya, memang itu yang aku harapkan.
“Awak harap nak jumpa saya lagi ke?” sengaja aku menduga dia, dan soalan aku buatkan dia lari anak mata. Kembali misterius sepeti dulu.
“Er..tak..takdelah...maksud saya..”
Dia tersipu. Adrenalin aku memuncak tiba-tiba, dan arahkan bibir aku berkata;
“Elia, will you come to Paris with me?”
Elia terkejut hebat. Banyak tanda soal terlukis dimukanya.
“What, you don’t want to?”
Elia masih belum pulih dari terkejut.
“Ke..kenapa saya??”
Aku diam. Mengecil mata memikir sesuatu.
“You want to know why? Come with me.”
Tanpa silu aku menarik tangannya pergi dari kafe kolej itu.

Tuesday, February 16, 2010

11

Elia buntu. Mundar mandir di hadapan pintu masuk Trinity College of Music. Dia menyumpah diri, sepatutnya tidak berputus asa 2 minggu yang lalu. Mengambil jalan mudah dengan hanya bekerja di restoran tak dikenali. Seolah muzik mati dalam dirinya. Tapi apa yang dia boleh buat hanya dengan mundar mandir di depan pintu masuk kolej berprestij ini?
“Yoshh!” bulat tekadnya, kaki Elia melangkah masuk.
“Excuse me!” oleh kerana adrenalinnya memuncak, suaranya tinggi sedikit pada receptionist di tengah-tengah ruang legar. Wanita di reception agak terkejut dengan teguran Elia.
“Yes, how may I help you?”
“I am a scholarship receiver. Where do I sign in?”
Wanita itu berkerut dahi. “Scholarship? Which scholarship that is, miss?”
“Er, it says here, Burdwin...Burdwin scholarship..”
“Oh yes, but it has been annulled, miss.”
Elia menunduk sebentar.
“How can it be annulled? I was promised a scholarship, and now when I came for it, you said it was....annulled?”
Wanita itu tersenyum simpul.
“It has been annulled because you were late.”
“How can it be annulled when I was just a week late?!” marah Elia memuncak. Geramnya pada janji manis yang bertaburan sewaktu dia masuk pertandingan dulu membuak-buak sekarang.  Tambahan receptionist itu seperti mentertawakan dia.
“What are you laughing at!” Elia menjerkah receptionist itu sehingga dia terlompat.
“Don’t you intimidate me - ”
“Elia?”
Elia terdiam. Ada suara memanggilnya dibelakang. Dia menoleh perlahan-lahan dan terkaku lagi.
“Elia, right?”
“Ho..how..how did you know my name?”
“Hey, what do you expect? I teach Chopin here!”
Elia terkebil-kebil melihat lelaki ini di depan matanya.
“Er...”
“Let’s go. Let me buy you a drink.”
Lelaki itu, yang selalu Elia ingat namanya, Rei, menarik tangan Elia dan biarkan receptionist ternganga.


Rei bawa Elia ke kafeteria outdoor di kolej itu. Memang ramai student di situ yang meandang Elia dua kali. Tak kurang student perempuan yang melambai-lambai pada Rei.
“So Elia...”
“Tell me the truth. How do you know my name?”
Elia memeluk tubuh dan merenung Rei tajam. Rei tidak melawan renungan itu, tapi dia cuba redupkannya dengan senyuman yang mula tergaris sedikit demi sedikit.
“You are not like the girl I met in the phone booth.”
“What do you mean?”
“The girl I met in the phone booth was mysterious. Almost no sign of emotions. But you...wow. You’re all fired up today, huh?”
Elia mula perasan, adrenalinnya belum surut dari meradang. Perlahan-lahan dia turunkan lengan dan sedut jus oren di depan mata.
“I need to know anyway,” matanya mula lari dari anak mata Rei. “..how do you know my - ”
“Dari borang biasiswa awak.”
Elia menyedut air lagi, dan menganguk-angguk. Seketika kemudian, matanya terbeliak.
“Aw..awak..boleh cakap Melayu?”
“Ya, saya boleh dan selalu amalkan.”
“Belajar kat mana?”
“Saya ambik kelas bahasa ketiga.”
“Kenapa belajar bahasa ni?”
Rei terdiam. Senyumnya mati seketika.
“Wah! Saya pun dah penat cakap English! Bolehlah kita cakap bahasa Melayu je lepas ni.”
Rei menopang dagu merenung wajah Elia.
“Awak harap nak jumpa saya lagi ke?”
Elia terkedu. Matanya dilarikan lagi dengan menundukkan kepala.
“Er..tak..takdelah...maksud saya..”
“Elia, will you come to Paris with me?”
Elia mengangkat muka. Matanya terbeliak, mulut ternganga.
“Eh?!”

10

Ada sebuah kotak hijau di sudut bilik. Aku tak berani nak buka. Dah dua tahun berhabuk aku biarkan ia disitu, terperuk tanpa teman. Aku duduk sebentar dan nyalakan rokok. Lama aku menghembus asap yang tak sampai ke kotak itu.
“Rei,honey. You dah siap packing ke?”
Aku yang terlepa merenung kotak di sudut, terlompat kecil dengan teguran Natsumi yang pelat berbahasa Melayu itu.
“Belum. I don’t fly until next Friday. Don’t worry.”
“I flew here for you, how could you make this decision now?”
“Natsumi, do we have to discuss it all over again?”
Natsumi mengangkat kedua tapak tangan. Rokok aku dia ambil sebatang dan nyalakan. Dulu, sumpah dia kelihatan seksi berbuat begitu. Sekarang, aku rasa menyampah.
“You kata dah quit smoking?”
“I tried. Honey, can we speak Japanese like normal Japanese people?”
Aku mengalih pandangan ke kotak itu semula. “You know I can’t speak Japanese well.”
Natsumi mengeluh. “What a Japanese man you are!”
“I speak better in Melayu.”
“But yo’re not Malay, for God’s sake!”
“Half of me is!”
Natsumi mencucuh rokok ke dalam ashtray.
“Not if your granny doesn’t approve it!”
Aku bingkas bangun. Natsumi terkedu dengan tindakan tiba-tiba aku tu.
“Natsumi, kalau you datang sini nak cari gaduh dengan I, baik you balik Jepun je!”
Natsumi terdiam. Lama kemudian dia perlahan-lahan bangun mendekati aku, mencium pipi aku dan beredar keluar.
Kepala aku kusut, berselirat macam wayar. Betul, Natsumi sudah 7 tahun bertunang dengan aku. Dalam 7 tahun itu juga, tak pernah aku bayangkan untuk sehidup semati dengan dia.  Ini semua bukan kehendak aku. Aku tak minta lahir tanpa ayah di sisi. Tak minta ibu aku tiba-tiba jadi seorang mata keranjang, hampir tiap malam bertukar lelaki. Tak minta juga untuk bertunang dengan Natsumi, sebab nenek yang rancang. Sebelum omiyai (pertemuan perkahwinan) aku dan Natsumi, aku hanya pelajar piano biasa yang terceruk di kota London untuk mencari ayah. Perkahwinan ibu dan ayah aku dilarang oleh nenek. Sempat berkahwin beberapa bulan di Malaysia, ibu disuruh balik ke Jepun. Ugut nenek, kalau ibu melawan, nenek akan bunuh diri dan semua hartanya dibakar. Di situ, ibu terpaksa berpisah dengan ayah dan ayah tak tahu ibu sedang mengandungkan aku ketika itu.
Perlahan aku menyedut rokok, sementara memori pahit itu datang kembali;

30 tahun dulu, di Jepun, ibu aku – Hideaki Yuuko, pertama kali terdengar tentang persembahan orkestra ayah di Paris. Nenek aku, Hideaki Etou, langsung tak benarkan ibu ke sana. Apatah aku baru saja berusia beberapa bulan ketika itu. Ibu lari senyap-senyap, sambil aku dikendong di belakang, kami berdua berlepas ke France. Harapan ibu supaya dapat bertemu ayah.
Harapan ibu tak kesampaian. Sebaik kami sampai di Paris, konserto ayah sudahpun selesai. Ayah sudah pulang ke Malaysia, mungkin. Tapi ibu tak putus asa. Dia besarkan aku di Paris, temukan aku dengan muzik, menyuap makanan ke mulut aku sambil tanganku di piano. Aku mendaftar di Paris Conservatoire bila umur aku cecah 15. Di Conservatoire aku bertemu pelbagai ragam, pelbagai muzik, pelbagai pengalaman. Di situ aku tanam satu cita-cita. Aku ingin cari ayah. AKU INGIN CARI MUZIK DEMI AYAH.
Tak lama selepas aku tanam cita-cita itu, ibu berubah. Dia putus asa tiba-tiba. Matanya senang saja beralih pada lelaki. Pakaiannya tidak serupa seorang ibu, malah aku hampir sentiasa dibiar sendirian.
“Maman, pourquoi fais-tu tout cela?” (Mom, why are you doing all these?)
Pernah aku bertanya soalan itu sementelah muak dengan gantian lelaki setiap malamnya.
“Ah, mon fils. Vous regardez un peu comme votre père ...” (Ah, my son..you look a lot like your father..)
Penuh aroma alkohol, ibu menjawab soalan aku. Bukan hati aku tak sakit lihat perubahan mendadaknya, tapi apa yang mampu aku buat? Tiga tahun aku tahan perangainya, sehingga satu hari aku terbaca iklan tentang orkestra ayah yang akan buat persembahan di London.

Dan kerana itu, aku di sini. Sehingga sekarang, umur aku sudah 30 tahun. 12 tahun aku tidak bertemu ibu. Hanya selalu huluran wangnya saja yang aku terima setiap bulan. Sampai aku tamat belajar di Trinity College di bidang composition, dia masih hanya berkomunikasi dengan aku melalui wang.
Aku tak salahkan ibu sekarang. Mungkin juga bukan salah ayah. Aku salahkan nenek. Mungkin kerana itu juga aku terima lamaran keluarga Natsumi dulu. Natsumi dulu dan sekarang tak banyak bezanya. Aku pernah bantah sekeras-kerasnya omiyai yang nenek rancangkan. Tapi setelah bertemu Natsumi, aku jatuh cinta. Mungkin juga bukan cinta. Mungkin kerana terpandangkan dia menyedut rokok di balik tabir tirai tatami, dengan memakai kimono merah, aku jadi satu. Aku dan dia sama-sama memberontak. Tapi telah tujuh tahun, pemberontakan itu dahpun reda, dan aku masih lagi tunangan Natsumi.


“Watashi tachi ga naze kekkon shite i nai yō na , ta no min'na?”
Aku faham soalan dari Natsumi itu, tapi aku pura-pura tak faham. Tambahan bahasa Jepun, aku tak beraa fasih.
“You want me to write you a piece?”
Natsumi mengeluh. “I said…, why aren’t we getting married, like everybody else?”
Aku terdiam, tapi tanganku laju menulis di kertas skor, terkadang bermain-main jari di atas piano.
“Forget I asked. What are you doing?”
“It’s a secret.”

Aku baru berani bangun mendekati kotak hijau di sudut bilik setelah memori tadi terimbas. Memori itu manis sebenarnya, kerana tika itu aku sedang dalam proses menulis piece untuk Natsumi. Cinta aku pada dia membuak-buak ketika itu, begitu terhasil lah piece ini. Révolté in D minor. Aku bawa keluar sheet muzik dari dalam kotak itu. Sudah kuning dimakan usia. Yelah, dah tujuh tahun. Aku bawa ke piano dan mainkannya sebentar.
Ketika ini baru aku sedar, piece ini satu piece yang agresif. Allegro pada movement pertama. Temponya sentiasa menaik, selepas presto temu pula prestissimo. Kenapa? Kenapa aku menciptanya begitu?

*allegro – fast tempo
*presto – very fast tempo
*prestissimo – extremely fast

Friday, February 12, 2010

gomen!

maaf, saya teramat busy mencuba untuk jadi orang. Chopin dipausekan sekejap ya ;)

Sunday, January 31, 2010

9

Kenapa akhirnya dia pilih Liszt? Akhirnya jemari dia memilih La Campanella, yang dia sendiri tak begitu mahir.  Di saat piano itu kosong, dan Lillian benarkan dia menyentuh sekali-sekala, dia pilih bukan Chopin. Hati Elia betul berkecamuk, teringat kembali pak cik Kamil, piano tua yang setia disentuh dia sepanjang melalui zaman remajanya, dan ibu di rumah.
“Until you found music, you will find me.”
Terngiang-ngiang kata-kata itu di telinga Elia. Kata-kata yang bukan lahir dari mulut, mungkin hanya beberapa perkataan yang tertulis kecil di sudut skor pak cik Kamil yang sudah kuning dimakan umur. Tapi begitu besar pengaruhnya pada diri Elia yang gersang muzik. Kata-kata bahasa Inggeris itu mungkin bukan ditujukan untuknya pun, tapi buat Elia menanam satu tekad. Dia ingin cari Chopin. Biarpun dah mati, dia ingin bertemu lelaki pianist itu.
Tapi perbualan semalam, di phone booth asing membuat dia menukar tekad secepat kilat. Dia ingin cari gurunya dan Chopin. DIA INGIN CARI MUZIK. Mungkin sebab itulah La Campanella terhenti di seventeenth note, dan jarinya kaku tergantung di udara.
“Hey,”
Seseorang memanggilnya dari belakang. Saat Elia menoleh, entah, jantung dia berdebar tiba-tiba.
“You left this.” Lelaki itu menghulur skaf biru Elia yang tertinggal di atas piano. Elia menyambut.
“I’m Rei.”
Elia terpana sekejap. Setelah tahu di mana dia pernah mendengar nama itu, dia membalas;
“I know.”
Elia cuma mampu balas itu, janganlah Rei tahu namanya. Kerana dia tak mampu mainkan La Campanella yang semudah itu, dan sedang Rei milik Lillian;

“Elia, Ms Lillian wants to see you.”
Leka dari membasuh pinggan, Elia menoleh ke arah datangnya suara tadi. Vivian menggamit.
“What’s up?”
“She looks mad.”
Elia mengangkat kening. Perlahan dia menolak daun pintu pejabat Lillian, dan wanita itu sedang duduk di atas meja.
“Yes, Miss? You want to see me?”
Lillian menghulur sekeping kertas pada Elia. Dia mencapainya.
“You’re not a citizen here. Why didn’t you tell me?”
Elia tergamam.
“Err...I thought you noticed,”
“Yea I know you’re Asian and all, but that doesn’t mean you can work here witout a visa!” suara Lillian meninggi. Elia menelan liur. Wajahnya yang mirip benar dengan ke-Jepunan ayahnya sekarang bawa masalah.
“And don’t think I don’t know what you’re doing to Rei.”
Dahi Elia mula berkerut.
“Excuse me?”
“Just because you’re Asian like him, he is going to like you!”
Terkaku sebentar Elia dengan mata yang terbeliak dan mulut ternganga. Begitu peribadinya Miss Lillian sehingga sanggup memarahi pekerja hanya kerana seorang lelaki?
“I’m sorry Miss. But I don’t understand.”
Lillian diam sebentar. Imej-imej Rei berduaan dengan Elia di pondok telefon melepasi mindanya satu persatu. Dengan mata terpejam, Lillian pecat Elia yang ternganga.

Saturday, January 16, 2010

8


“Rei, what are you doing here..?”
Aku menjengah-jengah ke belakang restoran. Tak pedulikan Lillian yang memeluk tubuh di hadapan aku.
“What, I can’t be here?”
“But now is still working hours.”
Aku mengerling Lillian.
“I don’t have class today.” Lillian mencebik.
“Where’s everybody else?”
“Vivian took a day off, Audrey’s going to the market.”
Ah, bukan diorang yang aku nak tanya!
“I don’t know what to say, seeing her so wanting to play that Steinway.” Lillian bercakap tiba-tiba, sambil memuncung ke arah penjuru restoran bila aku baru mula menyalakan api ke rokok.
Aku memandang ikut telunjuk Lillian. Gadis misteri! Dia sedang duduk di atas kerusi piano, tubuhnya masih terbalut baju hujan kerana pagi ini hujan turun lebat macam malam tadi. Seperti dia baru tiba.
“Is she any good?”
“Dunno, never heard her play before.”
Gadis itu menanggalkan scarf di lehernya, tangan kecilnya pula mencari-cari gigi piano. Lembut dia menyapa piano itu. Mesti Chopin!
La Campanella – Liszt
Ternganga sekejap aku, sangkaan aku salah. Dia mainkan La Campanella dari Liszt! Katanya semalam, dia tak pandai main piece selain Chopin? Adakah dia dah tipu aku..?
Pada awal tempo allegrettonya kedengaran perfect, tapi di tengah-tengah interval antara fifteenth note dia terhenti. Teragak-agak jarinya menari dia atas piano itu. Dia bermula lagi, tapi masih gagal di takuk yang sama. Gerakan jarinya salah, aku dapat kesan. Tapi di saat aku mau bangun menuju ke arah dia, dia pula beredar dari kerusi piano. Tinggalkan scarf birunya di atas penutup piano itu.
“Hey,”
Dia menoleh.
“You left this,” aku hulur scarf biru padanya. Dia sambut dan tersenyum.
“I’m Rei.” Akhirnya aku kenalkan diri, berharap dia juga akan buat begitu.
“I know.”
Bila dia cuma balas itu dan berlalu pergi, aku perasan yang ruyung misterinya masih belum retak nampaknya. Entah kenapa rasa ingin tahu aku pada gadis ini menggunung. Seakan aku baru jumpa spesis terancam, rasa ingin lindungi dia...
TRIT TRIT! TRIT TRIT!
Pager aku berbunyi, seolah doktor di ER. Cepat-cepat aku menuju ke kolej semula, dan biarpun hampa aku tak dapat tahu namanya, akhirnya aku pernah dengar dia main piano. Bagi aku, dia bagus, cuma mungkin terlalu tumpukan Chopin sampaikan yang lain dia tak dapat main dengan betul.

“You page me?” aku tegur Marion sebaik sampai di professorial staff room.
“Rei! Come and help me..
Aku berjalan mendekati Marion yang cuma selang semeja dari pintu masuk.
“I’ve to sort these names...it’s for the piano competition next month.”
Aku melihat senarai yang diberi Marion. Semuanya peserta dari Piano Department. Adatlah, kan. Tiba-tiba, mata aku tertangkap sekeping gambar dalam fail di atas meja Marion.
“This...”
“Oh, that? It’s nothing. I was about to throw that away..”
“Who is she..?”
“Well, she’s one of the International Scholarship receivers. But looks like she never made it to here..”
“What do you mean?”
“Don’t mind her; she’s only a second runner-up...in her country.”
“A second runner up?”
“Well I was one of the judges there, in Malaysia. So she won third place and the prize was a scholarship to study here. But the scholarship was annulled because she didn’t make it to registration.”
Aku merenung gambar ini dalam-dalam. Dia...dari Malaysia? Elia Abdullah, namanya. Melayu. Sebangsa dengan ayah aku?
Dia tak sempat daftar di sini? Tapi aku jumpa dia, kan? What the heck?