Tuesday, February 16, 2010

11

Elia buntu. Mundar mandir di hadapan pintu masuk Trinity College of Music. Dia menyumpah diri, sepatutnya tidak berputus asa 2 minggu yang lalu. Mengambil jalan mudah dengan hanya bekerja di restoran tak dikenali. Seolah muzik mati dalam dirinya. Tapi apa yang dia boleh buat hanya dengan mundar mandir di depan pintu masuk kolej berprestij ini?
“Yoshh!” bulat tekadnya, kaki Elia melangkah masuk.
“Excuse me!” oleh kerana adrenalinnya memuncak, suaranya tinggi sedikit pada receptionist di tengah-tengah ruang legar. Wanita di reception agak terkejut dengan teguran Elia.
“Yes, how may I help you?”
“I am a scholarship receiver. Where do I sign in?”
Wanita itu berkerut dahi. “Scholarship? Which scholarship that is, miss?”
“Er, it says here, Burdwin...Burdwin scholarship..”
“Oh yes, but it has been annulled, miss.”
Elia menunduk sebentar.
“How can it be annulled? I was promised a scholarship, and now when I came for it, you said it was....annulled?”
Wanita itu tersenyum simpul.
“It has been annulled because you were late.”
“How can it be annulled when I was just a week late?!” marah Elia memuncak. Geramnya pada janji manis yang bertaburan sewaktu dia masuk pertandingan dulu membuak-buak sekarang.  Tambahan receptionist itu seperti mentertawakan dia.
“What are you laughing at!” Elia menjerkah receptionist itu sehingga dia terlompat.
“Don’t you intimidate me - ”
“Elia?”
Elia terdiam. Ada suara memanggilnya dibelakang. Dia menoleh perlahan-lahan dan terkaku lagi.
“Elia, right?”
“Ho..how..how did you know my name?”
“Hey, what do you expect? I teach Chopin here!”
Elia terkebil-kebil melihat lelaki ini di depan matanya.
“Er...”
“Let’s go. Let me buy you a drink.”
Lelaki itu, yang selalu Elia ingat namanya, Rei, menarik tangan Elia dan biarkan receptionist ternganga.


Rei bawa Elia ke kafeteria outdoor di kolej itu. Memang ramai student di situ yang meandang Elia dua kali. Tak kurang student perempuan yang melambai-lambai pada Rei.
“So Elia...”
“Tell me the truth. How do you know my name?”
Elia memeluk tubuh dan merenung Rei tajam. Rei tidak melawan renungan itu, tapi dia cuba redupkannya dengan senyuman yang mula tergaris sedikit demi sedikit.
“You are not like the girl I met in the phone booth.”
“What do you mean?”
“The girl I met in the phone booth was mysterious. Almost no sign of emotions. But you...wow. You’re all fired up today, huh?”
Elia mula perasan, adrenalinnya belum surut dari meradang. Perlahan-lahan dia turunkan lengan dan sedut jus oren di depan mata.
“I need to know anyway,” matanya mula lari dari anak mata Rei. “..how do you know my - ”
“Dari borang biasiswa awak.”
Elia menyedut air lagi, dan menganguk-angguk. Seketika kemudian, matanya terbeliak.
“Aw..awak..boleh cakap Melayu?”
“Ya, saya boleh dan selalu amalkan.”
“Belajar kat mana?”
“Saya ambik kelas bahasa ketiga.”
“Kenapa belajar bahasa ni?”
Rei terdiam. Senyumnya mati seketika.
“Wah! Saya pun dah penat cakap English! Bolehlah kita cakap bahasa Melayu je lepas ni.”
Rei menopang dagu merenung wajah Elia.
“Awak harap nak jumpa saya lagi ke?”
Elia terkedu. Matanya dilarikan lagi dengan menundukkan kepala.
“Er..tak..takdelah...maksud saya..”
“Elia, will you come to Paris with me?”
Elia mengangkat muka. Matanya terbeliak, mulut ternganga.
“Eh?!”

0 planets: