Monday, January 4, 2010

4


Aku melihat kembali surat tawaran yang dekan Winsor bagi selepas waktu mengajar tadi. Mungkin aku patut terima tawaran bekerja ni, guru ganti kerjanya tak banyak. Mungkin aku akan ada lebih banyak masa untuk compose piece. Besides, budak-budak kat sini pun bukannya betul-betul nak belajar!
“Are you playing tonight?”
Aku mendongak. Best friend aku since high school, Lillian menegur. Aku melurutkan mata sebentar ke dadanya.
“Lillian, when exactly are you going to wear a smaller neckline?”
Lillian ketawa dan mengambil tempat duduk di depan aku.
“Relax, I’m seducing someone.”
Aku cuma mampu menggeleng. Sejak kenal dia, kolar bajunya tak pernah menutupi dada. Sentiasa terdedah dimakan angin. Bukan masalah besar pun bagi aku, tapi takkan satu pakaian sopan pun dia tak ada? Blame me, I’m half-Asian! So, aku masih punya sensitiviti itu.
“So, are you playing tonight?”
Lillian bertanya lagi, since aku tak jawab soalan itu kali pertama.
“Why do you ask?”
Aku melipat kembali surat tawaran dan simpan baik-baik dalam kocek overcoat yang tergantung di kerusi.
“Well, I haven’t heard you play since..last month.”
“I’m busy.” Aku meneguk air dalam gelas yang terhidang depan mata sejak tadi.
“That’s why, you’re going to play...tonight.”
Lillian bangun dan mengucup dahi aku tiba-tiba. Aku terpejam, kerana dadanya betul-betul di hadapan mata aku. Aku tak larang Lillian buat begitu, sebab dia best friend aku. Aku dah terbiasa pun dengan perangai dia tu. Sudah habis rokok di tangan, aku bangun menuju Steinway grand yang terpasak di penjuru dinding.
Fantasie Impromptu – Frederic Chopin.
Satu piece yang agak rumit, tika aku masih belajar dulu. Tapi sekarang aku boleh mainkan dengan rokok baru nyala di bibir. Aku ingat lagi, pertama kali aku main piano di sini, Lillian tika itu masih berambut pendek. Dia baru saja meletakkan sebuah Steinway di restoran milik keluarganya ini, dan aku perasminya. Aku rasmikan Steinway ini dengan piece milik Chopin. Polonaise, satu piece yang riang. Seakan kanak-kanak, kata Lillian. Tapi aku tika itu pun masih belum cecah umur 30. Piece-piece pilihan aku juga memang keanak-anakan.
“Lillian Luke, this is for you.”
Lillian tersenyum di meja bar memerhatikan aku yang baru selesai mainkan Fantasie Impromptu.
Waltz in C# minor Op.64 No 2 – Frederic Chopin.
Entah, malam ini aku tenang menguis-nguis piano dengan piece milik Chopin. Mungkin kerana siang kelmarin aku bengang dengan reaksi kelas tentang Chopin. Mungkin juga aku teringin nak bertemu dengan gadis itu semula.
“Frederic Chopin. He’d be called as a poet because his music is like Shakespeare, makes you fall in love every time you hear it.”
Atau mungkin aku tak pernah dedikasikan lagu ini untuk Lillian. Masih terngiang-ngiang kata-kata gadis itu di telinga aku. His music is like Shakespeare. Terlalu tinggi dan keterlaluan untuk dibandingkan antara dua tokoh itu. Perumpamaan gadis itu terlalu objektif, tidak ada kebebasan berfikir di situ tapi, menangkap hati aku.
“Bukan selalu kita jatuh cinta dengan karya Shakespeare, kan?”
Lillian berhenti menekan butang-butang kalkulator di tangan. Soalan aku berat sangat ke?
“Huh?” balasnya.
“Shakespeare. Dah berapa banyak karya dia kau baca?”
“Rei, I couldn’t understand you.”
Aku menepuk dahi. Lupa sebentar yang bahasa utama di sini adalah Inggeris. Ah, kadangkala terluncur jugak bahasa ketiga aku tu.
“I mean, not every time we read Shakespeare, we fall in love, right?”
Lillian memuncung.
“Probably.”
“Do you?”
“Well, depends. If it ends with a happy ending, then yes.”
Aku ketawa kecil dengar jawapan Lillian tu. Kalau perempuan tu memang perempuan. Semuanya nak happy ending. Rokok di jari aku sedut sebentar. Luke’s sudah malap. Hanya tinggal lampu di meja aku yang terbuka. Semua pekerja Lillian sudah pulang, mungkin. Aku pun patut pulang.
“Lillian, I should go.”
“Oh wait, wait till I finished. Walk me home, please?”
Aku sudah bangun, tapi Lillian buat muka kesian. Supaya aku temankan dia sehingga dia habis kira profit hari itu.
“I’ll wait for you outside.”
Aku capai overcoat di kerusi dan keluar dari situ. Rokok masih belum padam. Tapi hampir lencun dimakan hujan. Alamak, aku tak ada payung ni. Takkan aku nak tunggu Lillian dalam hujan ni?
“Phone booth?”
Kaki aku gegas menuju ke pondok telefon berdekatan. Ingin berteduh sebentar dalam pondok itu, biarpun sempit. Pandai-pandai lah Lillian cari aku nanti.
Sebaik aku buka pintu pondok itu, aku jumpa dia.

0 planets: