
Dia tertunduk, mungkin cuba mengingati siapa aku.
“You..” “I..”
Kedua-dua aku dan dia bercakap serentak. Tersenyum sekala, lepas mendengar suara masing-masing dalam reverb phone booth yang basah.
“Who..” “That day..”
Sekali lagi, ayat aku dan dia berlanggar, kemudian terbit pula tawa. Sebiji macam drama dalam TV.
“Hi.” Aku mulakan dulu, sementara dia masih lagi ketawa kecil.
“Hi.” Dia balas, rapi. Walau cuma dua huruf, matanya mengikat pandangan aku, dan senyumnya juga penuh, tanpa rasa ragu-ragu.
“You...work here?” Aku mula lagi. Dia mengangguk kecil.
“That Chopin...” dia bersuara. “How long have you been playing that piece?”
Aku mengangkat kening dengar soalannya. “Which Chopin?”
“Waltz, op 64.”
Aku senyum kecil dan menunduk sebentar. “My whole life.”
Dia mengangguk-angguk. Bila aku mendongak pandang wajahnya, dia pula tertunduk.
“Do you not remember me?”
Matanya bertemu aku lagi. Kening dikerut sedikit, mungkin masih lagi cuba mengingat. Ajaibnya, aku yang selalu jumpa beratus pelajar, kadang sampai lupa nama pelajar aku sendiri pun boleh ingat dia. Yang cuma sekali bertemu. Aku pun kadang lupa pelajar mana yang bising dalam kelas, lupa yang mana diam membatu, lupa pengajar mana yang tegur aku awal pagi, lupa pengajar dan pelajar mana yang cuba goda aku –
“Oh!” suaranya terbit tiba-tiba. “You!”
Dia tersenyum lebar mulanya, kemudian senyumnya mati. Mati tiba-tiba. Aku tak mahu bertanya kenapa.
“That day, you told me Chopin was like Shakespeare.What made you said that?”
“I used to read Shakespeare, and listened to his piece. It synched. I even replaced sheets with Shakespeare book when I play.”
“You play piano?”
Dia mengangguk.
“I never play anything other than Chopin.”
Wah! Takkan dia tak kenal Schubert, Mozart, Beethoven, Lizst?
“I play for Chopin.” Sambungnya lagi.
“What about...others?”
Keningnya berkerut. “Others?”
“Mozart, Beethoven, Tchaikovsky..?”
“No.” senang dia menjawab. Begitu angkuh. Aku belum pernah dengar seorang pemain piano hanya main piece dari seorang tokoh. Classical music is all about the past! Kalau tak ada Mozart, Beethoven, even Paganini, takkan ada Chopin! Kenapa gadis ni hanya pilih Chopin -?
“I don’t know how to play ‘the others’.” Suaranya bercampur baur sedih dan ketawa.
Aku ternganga sekejap. Oh, mungkin tadi aku salah nilai dia.
“Why not?”
Ah, aku ni macam FBI pulak. Selalunya banyak berlian dalam mulut aku kalau bercakap dengan perempuan! Dia ketawa kecil tapi ambil masa lama untuk jawab soalan aku tadi. Hingga leka aku perhatikan air menitik dari rambut ke bahunya.
“I’ve never been to music school. The first piece I learned was Chopin. I came here for Chopin. Hoping I could somehow....heh...why am I explaining this to a stranger..”
“You came here for Chopin? But Chopin was a Polish,”
“I know that. It’s just...I’m on my way there.”
Aku kerutkan kening, lama. Melihat seorang pemain piano seperti dia yang tak kenal dengan komposer selain Chopin, aku rasa aneh. Kesian pun ada. Bengang pun ada sikit. Takkan dia tak pernah reasearch langsung pasal komposer-komposer selain Chopin?
“Can I ask, how did you learn to play?”
Dia tersenyum memandang aku. Anak matanya seperti mencari-cari memori di sebalik soalan aku tadi.
“My ‘father’ taught me.”
Aku mengangkat kening. Misteri demi misteri timbul pada gadis ini. Aku semakin tertanya, kalau ayahnya yang ajar dia main piano, mestilah ayahnya juga tahu tentang komposer lain kan?
Aku ingin bertanya lagi sebab berminat sungguh aku pada kemisteriusan gadis ini, tapi dia dah mula membuka pintu pondok telefon dan melangkah keluar.
“Wait,” aku panggil dia, sedang dia cuma berpaling dan tersenyum.
“The rain’s stopping. I’ve got to go. Goodbye.” Dan dia berlari meredah hujan yang masih renyai.
“Wait! Your name..?!”
Soalan terakhir aku tak bertemu jawapan, menambah lagi mata kredit misteri dia. Argh...
0 planets:
Post a Comment