
Bukan Elia tak sedih kerana tak dapat kenal komposer-komposer lain, dia pernah menangis bila ujian kelayakan ke peringkat separuh akhir pertandingan piano dulu mensyaratkan dia bermain piece dari Schubert. Siapa pula Schubert tu? Seminggu, cuma seminggu yang ada, Elia kelam kelibut mencari skor Schubert, berbantukan skor-skor lama milik pak cik Kamil yang tertinggal di meja piano buruk yang berhabuk.
Tika itulah pak cik Kamil, guru pertamanya hilang tanpa berita. Rumahnya yang selalu Elia kunjungi untuk belajar piece-piece Chopin, kosong tiba-tiba. Bila Elia perlukan orang selain Chopin, waktu itulah gurunya hilang. Setengah jam jugalah Elia memeluk lutut, menangis sementelah hatinya tertanya ke mana perginya pak cik. Tidak ada nota, surat, kata-kata akhir, apa saja. Lepas Elia sudah kumpulkan beraninya di apartment kosong yang hanya berisi piano dan skor-skor bertaburan itu, Elia mengutip semua skor milik gurunya. Semuanya ada termasuk Schubert.
Di situ Elia mula kenal komposer lain, tapi dia masih mentah dalam bidang mengenali. Cintanya tetap pada Chopin. Hantinya tidak kosong bila mainkan piece dari Chopin. Berbeda dengan piece dari komposer lain. Nasib Elia pada ujian kelayakan sangat baik, kerana salah satu pesaingnya jatuh sakit. Jadi Elia menang tanpa bertanding.
Di Greenwich, lelaki pianist dan pengajar di Trinity tadi mengingatkan dia kembali pada kehilangan guru dan kehilangan diri di tengah-tengah peluang. Kunci bilik diputar keras pada tombol berkarat, dek kerana bilik usang saja yang mampu Elia duduki di bandar asing ini. Elia belum berjanji dengan dirinya untuk pulang bertemu ibu. Sebab dia pun tak tahu bila dia akan betul-betul berani melihat ibu mengayuh pedal mesin jahit dan tidur di atas meja hanya kerana dia mahu main piano.
Dulu;
“Kita ni bukannya mewah, Lia. Kenapa Lia nak belajar jugak main piano tu?”
“Ala, mak..bukan selalu Lia dapat peluang belajar ni mak. Lagipun pak cik Kamil kata pemain piano ni boleh buat duit tau..”
Ibu Elia mengeluh.
“Puan Azizah, anak puan ni saya tengok berbakat betul. Sekali dengar je dah boleh main. Kalau puan tak mampu nak hantar dia ke kelas muzik, saya boleh ajar dia. Saya takkan caj puan pun.”
Mungkin kerana pujuk pak cik Kamil itu yang membukakan hati tua puan Azizah. Setahun belajar Chopin, Elia sudah jatuh hati pada pemuzik itu. Pak cik Kamil pun tak pernah ajarkan dia piece dari komposer lain selain Chopin. Mungkin itu salah pak cik Kamil juga, ya, salah dia Elia tidak kenal Schubert di saat Elia memerlukan.
Di sini, tatkala kakinya jejak tanah Greenwich, London ini, Elia sudah kenal dengan Mozart, Beethoven, Schumann, Brahms, Vivaldi, Paganini, Liszt, Debussy, Haydn,dan lain-lain lagi. Malahan dia sudah dengarkan muzik dari pianist post-modernism, Maksim Mrvica. Cumanya, Elia ke sini niatnya satu. Kejarkan Chopin. Dan dari saat dia bertemu lelaki pianist dalam phone booth basah tadi, dia mula menyusun blok-blok kayu membina satu impian.
Dia mahu persembahkan piano concerto dengan semua piece milik Chopin.
Dia mahu persembahkan piano concerto dengan semua piece milik Chopin.
0 planets:
Post a Comment